Mungkin ada yang pelik bila mendengar tajuk cerita ni. Apa kaitan dengan jam tangan dengan kehidupan?? Ini adalah mungkin satu persamaan dengan kisah jam tangan dengan kehidupan kita yang kita lalui sekarang.
Azaiz suka sangat memakai jam tangan. banyak koleksi jam tangannya dirumah. Ada macam jenis jam tangan. seperti biasa azaiz ingin menambah koleksi jam tangannya lagi. dia ke sebuah kedai yang menjual jam tangan. setelah melihat semua jam yang dipamerkan disitu dia sungguh tertarik dengan dua buah jam sahaja. jam yang berwarna hijau dan jam yang berwarna hitam.
tetapi azaiz lebih tertarik dengan jam yang berwarna hitam. malangnya tali jam yang berwarna hitam itu sudah habis. terpaksa la azaiz membeli jam yang berwarna hijau itu.
Selama 2 bulan azaiz memakai jam hijau itu tampa henti. tiap kali hendak keluar ke mana-mana jam itulah yang dipakainya tampa digilir dengan jam yang lain. ramai yang memuji jam hijau azaiz itu. jam hijau itu sungguh gembira kerana azaiz sangt sayangkan nya.
Pada suatu hari azaiz pergi ke kedai dimana dia menbeli jam hijau itu.
dia mendapati jam hitam tempoh hari sudah bertali dan sangat cantik. dia pom berkata "kalau la aku tahu yang jam hitam ini ada tali, aku xkan tergesa-gesa membeli jam hijau ini". jam hijau berasa sangat sedih dan mendapati dirinya sangat tidak berguna selama ini. azaiz tidak sedar yang selama 2 bulan sebelum ini jam hijau itulah yang menunjukkan waktu kepadanya tampa henti. begitu mudah dia melupakan jasa jam hijau itu.
** begitu jugalah dengan kehidupan kita. walaupun kita rasa ada orang lain yang lebih baik atau elok dari yang kita ada sekarang tapi hargailah dirinya kerana kebahagiaan itu lahir dari hati yang ikhlas. terima lah dirinya seadaanya.








0 comments:
Post a Comment